Saturday 10 November 2012

Setiap ujian Allah pasti ada Hikmahnya






Aku ingin dekat dengan Allah.. dan bila aku semakin dekat.. aku merasa gembira yang teramat.. aku berfikir.. bila aku dekat denganNya.. DIA akan sentiasa memberi pertolongan kepadaku..takkan pernah memberi aku kepayahan dalam hidup... 
aku akan mendapat kesenangan dan tak akan pernah merasa susah..tapi aku lupa...

                Allah tidak akan memberi kesenangan sewenangnya kepada hamba yang  Dia sayang.. kepayahan dan kesusahan serta kesedihan akan sentisa bersama hamba Allah yang disayangi kerana Dia ingin menguji.. sejauh mana cinta dan sayang kita pada Pencipta..


               Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]



              Setiap kesusahan dan kesedihan itu akan diganti dengan kesenangan dan kegembiraan yang tak terduga seandainya kita redha dengan setiap  ujian yang diberikan.. berlapang dadalah wahai hamba Allah (diriku juga) agar kita sentiasa dalam magfirahnya... sesunggungnya Allah lebih mengetahui sesuatu perkara itu kerana setiap apa yang berlaku tidak akan terjadi tanpa kehendak darinya... dan biarlah Dia menentukan apapun jua untuk kita mengikut kehendakNya dan bukan mengikut kehendak kita... kerna Dia lebih tahu apa yang kita perlukan bukan apa yang kita kehendaki... 

No comments:

Post a Comment