Monday 19 November 2012

Pilihlah..Untuk Dihargai atau Menghargai..












Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang, 
Allah ambil dia daripada kita. 
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkah kita sayang pada yang mengurniakan rasa sayang itu?
Masihkah kita sayang pada yang menganugerahkan rasa sayang itu?
Dan masihkah kita percaya pada aturan Dia?
Untuk sedarkan kita. 

Bahawa ada Dia yang perlu lebih kita sayangi, lebih daripada segala-galanya.

Dan 
Kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
Lalu timbul rasa rindu dan menyesal.
Itu bukan untuk menghukum kita.
Tapi untuk memberi pengajaran.
Bahawa apabila kita tak mahu menyayangi mereka, 
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih daripada yang mahu kita lakukan.


Dan

Kadang-kadang,
kita terfikir.. kenapa kita tidak mampu sayang pada orang yang sayang pada kita..
kenapa perlu kita serahkan hati ini pada insan yang tak tahu menghargai,,
itulah dinamakan ujian.. Allah telah menguji kita dengan menjatuhkan rasa 
sayang dalam hati ini untuk orang yang tidak tahu menghargai.... 
untuk mengajar kita erti kesakitan yang tak pernah kita rasai...

Tenangkan hati.. buka minda.. lihat dunia... 

adakah dia yg paling baik pernah kita jumpa?
adakah dia paling hensem?
adakah hanya dia yang mampu buat kita tersenyum?
adakah dia ahli ulamak? alim sgtkah dia?
yakin sgt ke dia mampu jadikan kita wanita syurga wahai an-nisaa'
sehingga dia tidak mampu kita lupakan????
yakinlah wahai hati... Allah telah menjanjikan yang lebih baik untukmu...


No comments:

Post a Comment