Sunday 28 October 2012

Bila Aku Mula Terlena...


         Disaat aku mula terlena dengan cinta dunia.. kau hadirkan seseorang untuk menghinaku...untuk membuatkan aku terluka berkali-kali.. membuatkan diri ini merasa hina dimata manusia....  
bukan untuk merendahkan martabatku disisiMu..tapi untuk menyedarkan aku dari lena yang damai..

aku sering lemas dengan nafsu dunia.. namun kau sering selamatkan aku walau dengan kesakitan yang kau berikan.. namun aku bersyukur kerana kau masih sayang padaku.. 

Ya Allah.. sekarang aku sedar bahawa Kau tidak pernah membiarkan aku sendirian melalui jalan yang berliku.. kau sering selamatkan aku bila diri ini hampir tersesat.. 

aku ingin memcari cinta pada manusia...cinta yang tidak kekal namun mampu membawaku ke syurgaMU...tapi aku gagal dalam menilai erti cinta yang sebenar... dan cinta itu membuatkan aku sering terluka...mungkin Kau ingin mengingatkan aku bahawa cintaku pada habaMu belum tiba dan bukan pada insan yang telah Engkau tentukan buatku... 

dekatkan aku hanya denganMu ya Allah.. agar aku tahu kau tidak akan membiarkan aku menderita tanpa cintaMU... berilah aku hidayahMu.. dan tutuplah pintu hati ini agar aku tidak menciantai sesiapa pun melainkan Engkau dan insan yang telah kau tentukan buatku untuk menjadi imamku dan pemimpin kepada anak-anakku... dan mampu membawa kami ke syurgaMU....

No comments:

Post a Comment