Sunday 13 January 2013

Allah lebih tahu




Adakah kamu harus berbohong demi mengatakan ‘kasih’mu padaNya walaupun orang yang kamu sayang tidak menyukai ‘perubahan’ dirimu itu..?

Adakah kamu harus berhenti berbuat baik hanya kerana orang kata kamu ‘hipokrit..’. Bukankah semua manusia ada masa lampau?

Adakah kerana kamu merasa dirimu tidak ‘ikhlas’ , ‘Riak , Ujub , Takabur?” selepas itu tidak berani lagi mempamerkan kebaikan.. 

Adakah kamu merasai dirimu itu lemah , sehingga kamu takut menyatakan ‘kebenaran..’ sedangkan diri kamu mengetahuinya..

Ingatlah suatu perkara , orang yang baik bukan hanya yang dididik menjadi baik dari kecil. Tapi orang yang sebenarnya ‘baik’ adalah yang ‘taubat’ lalu berazam menjadi baik.. dan terus menerus dijalanNya..

Wallahi! Inilah orang yang paling baik!

“Ingat wahai diri sekalian , dunia tidak lengkap tanpa kita. Begitu jua da’wah! Berlari-larilah mengajar kebaikan sehingga kamu sendiri tidak sedar telah dijemputNya..”

"Ya Allah, peganglah kuat-kuat hati-hati kami ini.." :)

No comments:

Post a Comment