Monday 29 October 2012

Cinta Kerana Allah


 Sering aku mendengar kata ini “Cinta”,
 Bahkan mungkin sejak masih hingusan.
 Tapi kata “Cinta kerana Allah”


Aku baru mendengarnya saat menapaki jinjang kuliah…

Lalu seperti apa “Cinta kerana Allah” itu?


Jika sekarang aku mengatakan


“Sahabatku, aku mencintaimu kerana Allah”,
 Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?
 Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu
 Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?


Bukan… aku rasa bukan itu…

Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”…


Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
 Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
 Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …
 Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
 Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
 Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
 Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
 Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
 Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
 Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
 Ketika aku menjaga rahsiamu …
 Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …
 Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …


Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…

Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….

 Sahabatku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
 Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….

Amin.....

Sunday 28 October 2012

Aku Manusia Biasa...

Dekatkan Aku DenganMu YA RABBI...






ya Allah Ya Rabbi... hanya padaMu aku mengadu.. kami hambaMu yang lemah..  disaat aku digelar munafik.. adakah aku masih kuat disampingMu..aku dipihak yang benar,, tidak pernah berdusta padanya.. aku jujur dalam bercerita...


ya Allah.. memang seringkali aku digelar "budak-budak"..tapi aku punya hati.. aku tahu berfikir.. ya Allah... janganKau biarkan aku terus menangis kerna penghinaan ini..

biarlah aku dipandang keji dimatanya.. namun aku tahu aku dipihak yang benar... biarlah aku dipandang mulia disisiMu ya Allah... hanya padaMu aku merintih...memohon agar dilapangkan dada disaat ujian datang bertimpa...

setiap kesedihan ini mendekatkan aku denganMu.. aku rela jika di hari-hari mendatang aku tetap begini.. merintih sendiri..andai rintihan ini membuatkan aku tiada jarak denganMu.

membuatkan aku semakin tenang dalam rintihan.. tersenyum dikala air mata menemaniku... sakit dihati ini membuatkan aku lebih tabah dalam mengharungi manusia-manusia akhir zaman yang tiada hati dan perasaan... Ya Allah..peliharalah aku dalam magfirahMu....

Bila Aku Mula Terlena...


         Disaat aku mula terlena dengan cinta dunia.. kau hadirkan seseorang untuk menghinaku...untuk membuatkan aku terluka berkali-kali.. membuatkan diri ini merasa hina dimata manusia....  
bukan untuk merendahkan martabatku disisiMu..tapi untuk menyedarkan aku dari lena yang damai..

aku sering lemas dengan nafsu dunia.. namun kau sering selamatkan aku walau dengan kesakitan yang kau berikan.. namun aku bersyukur kerana kau masih sayang padaku.. 

Ya Allah.. sekarang aku sedar bahawa Kau tidak pernah membiarkan aku sendirian melalui jalan yang berliku.. kau sering selamatkan aku bila diri ini hampir tersesat.. 

aku ingin memcari cinta pada manusia...cinta yang tidak kekal namun mampu membawaku ke syurgaMU...tapi aku gagal dalam menilai erti cinta yang sebenar... dan cinta itu membuatkan aku sering terluka...mungkin Kau ingin mengingatkan aku bahawa cintaku pada habaMu belum tiba dan bukan pada insan yang telah Engkau tentukan buatku... 

dekatkan aku hanya denganMu ya Allah.. agar aku tahu kau tidak akan membiarkan aku menderita tanpa cintaMU... berilah aku hidayahMu.. dan tutuplah pintu hati ini agar aku tidak menciantai sesiapa pun melainkan Engkau dan insan yang telah kau tentukan buatku untuk menjadi imamku dan pemimpin kepada anak-anakku... dan mampu membawa kami ke syurgaMU....

Bila KAU dekat denganku...


Bila dia datang kepadaku, terasa ada getaran kecil di hati...
Bila dia datang kepadaku, ada suara kecil yang memanggil namaku...
Bila dia datang kepadaku, titisan air keluar daripada mataku kerana baru aku sedar banyak dosa yang telah aku lakukan. Rasa bagai tidak akan diberi peluang untuk balik ke jalan yang benar...
Bila dia datang kepadaku, sebenarnya baru aku sedar dia tak pernah datang kepadaku tetapi sentiasa berada di pintu hati menunggu pintu hatiku terbuka untuk memelukinya dan takkan pernah ku lepas...
Bila dia di hatiku, takkan aku lepaskan lagi dan aku sedar kini aku sedang cuba miniti jalan yang benar...
Bila dia di hatiku, dia membisik kepadaku untuk berubah dengan memberi seorang insan kepadaku iaitu seorang insan yang sentiasa memberi semangat tak putus-putus agar aku sampai ke jalan orang-orang yang soleh dan solehah...kasih sayang daripada Maha Penciptaku dan insan itu bagai air sungai yang mengalir ...bonus buatku!
Bila dia di hatiku, kata syukur kepada Rabbku sentiasa ada pada sujud akhirku...
Bila dia di hatiku, ku belajar menutupi auratku walaupun tidak sempurna tetapi lebih baik dari ku membaluti auratku. Betapa sedihnya bila teringat kebodohanku dulu....!
Bila dia di hatiku, sentiasa aku berdoa agar hati ini istiqamah dengan perubahan pada diri ini walaupun sedikit demi sedikit...
Bila HIDAYAH datang di hatiku......
Sesungguhnya, aku manusia yang lemah, tak kuat tetapi aku cuba kuatkan hati kerana aku percaya Allah sentiasa denganku. Bisikan dan kata-kata manusia yang mengikut arus dunia melemahkan semangat untuk berubah. Syukur Alhamdulillah aku sentiasa mendapat semangat daripada yang tersayang. Ikhlaskan hati kerana Allah Taala...
Ya Allah, ampunkanlah aku. Sesungguhnya aku tidak layak masuk syurgamu, tetapi tidak pula ku sanggup menanggung seksa nerakamu. Kau pimpinlah aku menuju ke jalan orang yang bertakwa iaitu orang yang mendapat hidayah. Istiqomahlah hati ini. Kurniakanlah aku keluarga, kekasih, dan sahabat daripada orang yang soleh dan solehah. Amin...

Takdirkanlah dia untukku

Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.

Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,




Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.



Ya Allah, jika dia bukan pemilik tulang rusukku,(jika aku bukan pemilik tulang rusuknya)
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.


Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…


Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.


Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.


Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.


Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

untukmu Adam dan Hawa



Wahai kaum Adam..

Andai mahu mencari Hawa..

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk Hawa pula..

Andai mahu menerima cinta Adam…

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri…

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya..??

Wallahua'lam..

jadikan satu amalan


DUA AYAT AKHIR DARI SURAH AL BAQARAH (ayat 285 & 286)

Ayat-ayat ini merupakan dialog antara Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam pada malam Mikhraj ketika Baginda sedang menghadap kepada-NYA.

Beramal Dengan Ayat Pendinding Diri :

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam bersabda yang maksudnya: “ Dua ayat dari akhir surah Al-Baqarah, sesiapa yang membacanya maka cukuplah baginya daripada mengadakan qiamullail (atau kedua-duanya akan menjaganya dari segala kejahatan dan perkara-perkara yang tidak disukai.) ” -
 


(Al-Bukhari dan Muslim)

Fadilatnya:-

1. Barangsiapa yang membacanya, maka dia akan dicukupi oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala apa yang dikehendakinya.

2. Rumah yang dibacakan dua ayat tersebut selama 3 malam, syaitan pasti menjauhi rumah tersebut.

3. Orang yang membaca ayat Kursi dan dua ayat dari surah Al Baqarah ketika dalam kesusahan, nescaya Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberikan pertolongan kepadanya.

4. Barangsiapa yang membaca dua ayat itu pada waktu siang dan malam dengan secara teratur dan berkekalan, maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menolong kepadanya, melapangkan dadanya, dibayar hutangnya, dibinasakan musuhnya dan dimudahkan untuk mencapai tujuannya.

5. Barangsiapa membaca ayat-ayat ini sebelum tidur, nescaya akan terselamat dari segala bala bencana. Agar harta tidak dicuri orang, bacalah ayat-ayat 284-286 sebelum tidur sebaik-baiknya dalam keadaan berwuduk. InsyaAllah harta bendanya akan terpelihara daripada dicuri orang, dan dirinya akan terhindar daripada sebarang bencana.

SEMOGA DI AMALKAN DAN DI MANFAATKAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT,Insya-Allah

Dariku dan Untukmu..

coretan dibuat pada JUN 2011

Siapakah engkau yang ku tunggu wahai insan yang ditakdirkan buatku.
Akan ku tunggu dirimu tampa jemu…
walau xpernah aku melihat wajahmu..
Walau ak xthu siapa dirimu..
aku tetap merinduimu wahai insan yang bakal menemani hidupku...
Dengarlah luahan hatiku…semoga dirimu juga sedang menunggu kehadiranku saat ini..
Lelaki yang ditakdirkan buatku… dengarlah bisikan hati wanita yang telah tersurat ditakdirkan buatmu…
Dimanakan dirimu saat ini..     
 aku sangat merinduimu wahai pujanggaku…
Walau ku tak tahu dimana dan siapa dirimu..                                    
    ak tetap akan menunggumu..
Ya Allah.. jagalah dia agar menjadi lelaki yang soleh dan pemimpin yang bijak..
Peliharalah dia Ya Allah agar terpelihara daripada segala keburukan dan kejahatan duniawi..
Jadikanlah dia seorang hamba yang mencintaiMU,,,
agar dia mampu mencintaiku keranamu Ya Allah…
Dan temukanlah kami dalam keadaan yang engkau redhai…
Ya Allah.. sampaikanlah salam rinduku buat insan yang telah tersurat ditakdirkan untuk menjagaku dunia akhirat..
Yang bakal menjadikanku isteri dan wanita yang solehah… 
sampaikan salam rinduku padanya YaAllah…
Khabarkan padanya..aku sedang menanti kehadirannya untuk menjadikan aku lebih dekat denganMU..
Sesungguhnya Aku benar-benar merinduiMU ya Allah…
Temukanlah aku dengannya agar dia mampu membwaku lebih dekat denganMU…..
amin Ya Rabbal alamin…..