Bila
dia datang kepadaku, terasa ada getaran kecil di hati...
Bila
dia datang kepadaku, ada suara kecil yang memanggil namaku...
Bila
dia datang kepadaku, titisan air keluar daripada mataku kerana baru aku sedar
banyak dosa yang telah aku lakukan. Rasa bagai tidak akan diberi peluang untuk
balik ke jalan yang benar...
Bila
dia datang kepadaku, sebenarnya baru aku sedar dia tak pernah datang kepadaku
tetapi sentiasa berada di pintu hati menunggu pintu hatiku terbuka untuk
memelukinya dan takkan pernah ku lepas...
Bila
dia di hatiku, takkan aku lepaskan lagi dan aku sedar kini aku sedang cuba
miniti jalan yang benar...
Bila
dia di hatiku, dia membisik kepadaku untuk berubah dengan memberi seorang insan
kepadaku iaitu seorang insan yang sentiasa memberi semangat tak putus-putus
agar aku sampai ke jalan orang-orang yang soleh dan solehah...kasih sayang daripada
Maha Penciptaku dan insan itu bagai air sungai yang mengalir ...bonus buatku!
Bila
dia di hatiku, kata syukur kepada Rabbku sentiasa ada pada sujud akhirku...
Bila
dia di hatiku, ku belajar menutupi auratku walaupun tidak sempurna tetapi lebih
baik dari ku membaluti auratku. Betapa sedihnya bila teringat kebodohanku dulu....!
Bila
dia di hatiku, sentiasa aku berdoa agar hati ini istiqamah dengan perubahan
pada diri ini walaupun sedikit demi sedikit...
Bila
HIDAYAH datang di hatiku......
Sesungguhnya,
aku manusia yang lemah, tak kuat tetapi aku cuba kuatkan hati kerana aku
percaya Allah sentiasa denganku. Bisikan dan kata-kata manusia yang mengikut
arus dunia melemahkan semangat untuk berubah. Syukur Alhamdulillah aku sentiasa
mendapat semangat daripada yang tersayang. Ikhlaskan hati kerana Allah Taala...
Ya
Allah, ampunkanlah aku. Sesungguhnya aku tidak layak masuk syurgamu, tetapi
tidak pula ku sanggup menanggung seksa nerakamu. Kau pimpinlah aku menuju ke
jalan orang yang bertakwa iaitu orang yang mendapat hidayah. Istiqomahlah hati
ini. Kurniakanlah aku keluarga, kekasih, dan sahabat daripada orang yang soleh
dan solehah. Amin...
No comments:
Post a Comment