Sering aku mendengar kata ini “Cinta”,
Bahkan mungkin sejak
masih hingusan.
Tapi kata “Cinta
kerana Allah”
Aku baru mendengarnya saat menapaki jinjang kuliah…
Lalu seperti apa “Cinta kerana Allah” itu?
Jika sekarang aku mengatakan
“Sahabatku, aku mencintaimu kerana Allah”,
Apa yang membuatmu
mempercayai kata-kataku?
Aku rasa bukan kerana
aku menuruti semua mahumu
Dan membiarkan kau
melakukan apapun yang kau suka bukan?
Bukan… aku rasa bukan itu…
Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”…
Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku
meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku
mendo’akanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang
dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum
untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan
saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat
tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam
menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu
cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka
lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga
rahsiamu …
Ketika kita duduk
bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …
Dan Ketika terkadang
aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …
Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya
kerana Allah….
Sahabatku, apa kau
juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu
berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….
Amin.....
No comments:
Post a Comment