Sunday 28 October 2012

jadikan satu amalan


DUA AYAT AKHIR DARI SURAH AL BAQARAH (ayat 285 & 286)

Ayat-ayat ini merupakan dialog antara Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam pada malam Mikhraj ketika Baginda sedang menghadap kepada-NYA.

Beramal Dengan Ayat Pendinding Diri :

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam bersabda yang maksudnya: “ Dua ayat dari akhir surah Al-Baqarah, sesiapa yang membacanya maka cukuplah baginya daripada mengadakan qiamullail (atau kedua-duanya akan menjaganya dari segala kejahatan dan perkara-perkara yang tidak disukai.) ” -
 


(Al-Bukhari dan Muslim)

Fadilatnya:-

1. Barangsiapa yang membacanya, maka dia akan dicukupi oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala apa yang dikehendakinya.

2. Rumah yang dibacakan dua ayat tersebut selama 3 malam, syaitan pasti menjauhi rumah tersebut.

3. Orang yang membaca ayat Kursi dan dua ayat dari surah Al Baqarah ketika dalam kesusahan, nescaya Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberikan pertolongan kepadanya.

4. Barangsiapa yang membaca dua ayat itu pada waktu siang dan malam dengan secara teratur dan berkekalan, maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menolong kepadanya, melapangkan dadanya, dibayar hutangnya, dibinasakan musuhnya dan dimudahkan untuk mencapai tujuannya.

5. Barangsiapa membaca ayat-ayat ini sebelum tidur, nescaya akan terselamat dari segala bala bencana. Agar harta tidak dicuri orang, bacalah ayat-ayat 284-286 sebelum tidur sebaik-baiknya dalam keadaan berwuduk. InsyaAllah harta bendanya akan terpelihara daripada dicuri orang, dan dirinya akan terhindar daripada sebarang bencana.

SEMOGA DI AMALKAN DAN DI MANFAATKAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT,Insya-Allah

No comments:

Post a Comment